Thursday, 10 February 2011

Apa itu 3G?

Kita telah menyaksikan satu lagi sejarah dimana pengguna telefon bimbit di Malaysia telah boleh menikmati kemudahan teknologi terkini yang lebih canggih iaitu kemudahan teknologi 3G. Apa itu 3G? 3G adalah dari singkatan 3rd Generation atau Generasi ketiga. Generasi ketiga adalah dimana data boleh dimuat-turun dengan kadar yang lebih laju iaitu dengan kelajuan 384 kbps dan boleh mencecah 2Mbps.

Jika ada 3G mesti ada 1 atau 2G, dimanakah 1 dan 2G ini? Sebenarnya 1G atau generasi pertama telefon bimbit adalah pada tahun 1980. Dimana pada masa itu ianya hanya digunakan oleh golongan yang berkemampuan sahaja. Saiz telefon dan fungsinya adalah terhad . Pada tahun 1990, teknologi 2G mula diperkenalkan dengan teknologi GSM, telefon telahpun menjadi lebih kecil dan telefon boleh memindahkan data dengan kelajuan 9.6 kbps.

Pada tahun 2000 2.5G telah diperkenalkan dengan kemunculan kaedah memindahkan data melalui GPRS. Kelajuan telah meningkat dari 9.6 kbps kepada 46 kbps, kemudian mucul pula EDGE masih dalam 2.5G dengan kelajuan 115kbps. Dalam era baru pengguna boleh mengakses kemudahan 3G ini dengan kelajuan 384 kbps. Sebenarnya 1G, 2G, 2.5G dan 3G tidak mempunyai perbezaan dari segi komunikasi, ianya hanya berbeza apabila kita menggunakan telefon untuk kemudahan pemindahan data. Mengakses internet, memuat turun gambar, menonton TV, melihat pergerakan lalulintas dan mengakses pemindahan data dengan mudah dan pantas.

(Source: http://www.doctor-phone.com)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...